Selasa, 25 Jun 2013

Ibuku telah nyanyok


Sebenarnya kesabaran itu sangat perlu apabila menjaga seorang ibu yang telah nyanyok. Di akhir-akhir usianya dia tidak meminta menjadi demikian, Allah SWT telah takdirkannya begitu, sesuai dengan sirah kejadian manusia yang Allah SWT telah nyatakan dalam Al Quran Al Karim. Sesiapa pun tidak boleh menafikan. Kesabaran melihat ujian Allah SWT dari ibu yang tercinta, dengan berbagai kerenah yang boleh meruntun jiwa menjadi hilang daya dan upaya, kesabaran yang tipis kadang bersikap biadap dan kasar secara tidak sengaja. Sebenarnya pada ujian Allah SWT ini terdapat ibu segala hikmah yang kononnya kita tahu tapi macam tidak ambil peduli kesan dari kemarahan dan ketidaksabaran. Syurga Allah SWT itu lah hikmahnya, kemulian hidup di dunia dan di akhirat, keampunan, kifarah dosa-dosa dinaikan darjat di sisi Allah SWT pintu syurga terbuka luas, pintu neraka tertutup. Tetapi apa yang selalu berlaku bila tiada kesabaran seolah-olah kita menutup sendiri pintu  syurga itu malah membuka pula untuk masuk ke pintu neraka...waliazubillah

Ibu tidak pernah merungut menjaga kerenah lapan anaknya, sentiasa sabar dengan kesusahan dunia dalam membesarkan anak-anak. Buktinya kesemua anak-anaknya hidup sehat walafiat diberi pelajaran, bekerja dan telah berkahwin  serta telah dikurniai cucu yang ramai . Manusia selalu beranggapan susah menjaga ibu yang nyanyok kerana takut melakukan dosa akibat hilang kesabaran . Jika kesemua lapan anak atau kesemua anaknya berpendirian demikian dimanakah amanah Allah ini di campakkan, jadi barang buangan, jadi isu pergaduhan  atau jadi bebanan. Sepatutnya kita kena tahu bahawa amanah Allah SWT ini bukan barang mainan, bukan barang buangan atau tempat kita melampiaskan kemarahan sesuka hati tanpa sedar walau pun ibu telah tua dan nyanyok, kita kena beranggapan jika tiada siapa yang mahu memikul tanggungjawab itu biar diri ini yang akan memikulnya. Kesemuanya anak dan menantu kena beranggapan begitu. Natijahnya ibu akan menjadi ibu yang terhebat dunia dan akhirat kerana telah melahirkan manusia-manusia hebat sebenarnya di sisi Allah SWT.

Sempena Nisfu  Syaaban ini , menurut Hadis Nabi SAW yang mahfumnya Allah SWT tidak menghapuskan dosa orang syirik, orang mabuk yang tidak bertaubat, pemutus silaturahim dan derhaka kepada ibu dan bapa. Ibu nyanyok bukanlah bermasaalah, tetapi anaklah yang bersalah. Carilah keberkatan di bulan syaaban ini bulan penghapus dosa. Pastikan redha ibu dengan kebaikan yang kita buat untuknya  seikhlas mungkin dan pastikan juga ibu telah menghalalkan setiap susunya yang kita minum semasa membesarkan kita. waallahuallam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan