DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER.
Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.
Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :
1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.
1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra\'d (Ayat 16-2 .
4. Surah Al Anbiyaa\' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu\'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).
Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.
Rabu, 10 Julai 2013
Zikir Harian Sepanjang Ramadhan
Posted 06/08/2011 by Shafi-Q in AMALAN, DOA, Hot Ramadhan, Zikir. Tagged: Amalan Harian Ramadhan, Amalan Sepanjang Bulan Ramadhan, Zikir Harian Ramadhan. 21 Comments
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Berikut adalah zikir-zikir yang boleh diamalkan di sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak ini..
.
.
A. SUBUH:
1. Setelah masuk waktu dan Azan Subuh, lakukan Solat Sunat Fajar dua rakaat. Di antara azan dan solat fardhu Subuh adalah waktu mustajab doa, maka bacalah istighfar tasbih 100 kali dan kemudian berdoa:
.
2. Dirikan Solat Fardu Subuh, wirid dan berdoa selepasnya.
.
.
B. PAGI:
1. Zikir:
.
2. Tasbih 100 kali:
Fadhilatnya: Dikurniakan sepuluh ribu kebajikan, dihapuskan sepuluh ribu kejahatan, diangkat sepuluh ribu darjat.
.
3. Selawat;
Sekurang-kurangnya 10 atau 100 kali:
.
4. Melakukan Solat-Solat Sunat:
Solat Sunat Israq
Solat Sunat Dhuha
Solat Sunat Tasbih
.
5. Membaca Al-Quran
.
6. Membaca doa taubat ‘Akasyah (memohon keampunan taubat dosa-dosa besar)
.
.
C. TENGAHARI
1. Solat :
Sunat Zohor – Fardhu Zohor – Sunat Zohor serta doa.
.
2. Istighfar:
.
.
D. PETANG
1. Solat : Sunat Asar – Fardhu Asar – wirid dan doa.
.
.
E. MAGHRIB:
1. Berbuka puasa
2. Solat Maghrib dan sunat Maghrib.
3. Solat sunat Awwabin.
4. Baca zikir berikut 50 atau 100 kali:

Fadhilatnya: Menjadi pelindung di dunia dan akhirat.
.
.
F. ISYAK:
1. Solat sunat Isyak, Fardhu Isyak, Sunat Isyak
2. Solat Sunat Terawih, sunat Witir
3. Membaca Al-Quran
.
.
G. TENGAH MALAM
Bermula dari 2.30 pagi sehingga keluar fajar subuh.
2. Solat sunat Tahajjud sekurang-kurangnya 2 rakaat.
5. Berdoa.
Isnin, 1 Julai 2013
Cara Mudah Kempiskan Perut Buncit
1. Minum Air Masak Yang Banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
2. Makan Perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.
3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.
4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.
Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya (LINK).
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakit perut buncit ini.
5. Kesan Pengambilan Ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
6. Hindari Sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan danhanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.
7. Lakukan Senaman atau Bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
.........
http://wanitakini.com
Jumaat, 28 Jun 2013
5 WASIAT RASULULLAH
Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam aku diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya : -
1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
2. Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
4. Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
5. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.
Ibrahim
bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan
saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada
mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat
saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :-
1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat darinya.
3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
4. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
5. Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
6. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
7. Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."
SEPULUH SIFAT HATI YANG TERCELA
1. Takabbur
Takabbur, membesarkan diri, Rasulullah s.a.w ada bersabda dalam suatu hadis Qudsi.
"Kebesaran,
ketinggian itu selindangKu, keagungan itu kain pakaiKu, maka sesiapa
yang cuba merebut (bersifat dengan) salah satu dari keduanya, Aku akan
campakkan dia ke dalam neraka jahanam, Aku tidak peduli. (Muslim, Abu
Daud dan Ibnu Majah).Hadis ini bermaksud ketinggian dan
keagungan hakiki itu dua sifat kepunyaan Allah Ta'ala, tidak layak bagi
selainnya, orang yang demikian sifatnya memang sesuai dilemparkan
kedalam neraka jahanam.
Bagi mengelakkan diri dari sifat takabbur, hendaklah :
- mengingatkan bahawa segala kelebihan dan nikmat yang dimilikinya seperti harta, pangkat, ilmu dan sebagainya, semuanya adalah dari kurnia Allah dan nikmatnya yang wajib disyukuri, bukan untuk dimegahkan.
- Jangan menolak kebenaran, kerana sesuatu yang benar itu dari Allah.
- Jangan melekeh / merendah-rendahkan orang lain, kerana yang sebenar-benar mulia ialah yang paling bertakwa.
2. Hasad Dengki
Hasad dengki : Iaitu bercita-cita mahu supaya hilang nikmat dari orang lain. Nabi s.a.w bersabda : "Jangan
dengki setengah kamu akan setengah, dan jangan memutuskan silaturrahim,
dan jangan marah-memarahi sesama kamu (benci-membenci) dan jangan
membelakangkan setengah kamu akan setengah pada ketika berjumpa, bahkan
hendaklah kamu bersaudara wahai hamba-hamba Allah". (Bukhari, Muslim)
3. Marah
Seorang lelaki telah datang mengadap Rasulullah s.a.w. katanya : "Perintahkan daku sesuatu pekerjaan dan mohon di sedikitkan perintah itu". Maka Nabi s.a.w bersabda : "Jangan engkau marah". Lelaki itu mengulangi lagi permintaannya, maka Rasulullah mengulangi sabdanya : "Allah telah memuji orang yang dapat menahan marahnya sebagaimana firmannya di dalam Al-Quran : "Orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafi kesalahan orang". Sabda Nabi s.a.w :
"Sesiapa yang menahan marahnya yang mana jika ia bertindak nescaya
dipenuhi Allah hatinya dengan keamanan dan keimanan pada hari
qiamat".(Abu Daud)
4. Bakhil dan Kasihkan Harta
Firman Allah Ta'ala :
"
Sesiapa yang dipeliharakan Allah dirinya dari sifat kikir (bakhil) maka
merekalah orang yang berjaya (mendapat kemenangan)"(Al-Taghaabun : 16).
Nabi s.a.w bersabda :
"
Tiga perkara yang menjadi sebab kebinasaan - sifat bakhil kedekut yang
dituruti, keinginan hawa nafsu yang diikuti dan seseorang mengkagumi
dirinya".(Al-Tabaraani)
Ingatlah orang bakhil itu - akan
mendapat seksa Allah, dicela manusia di dunia, harta tidak akan bersama
di dalam kubur, harta adalah kepunyaan Allah Ta'ala, diberikan kepada
manusia untuk kegunaan sebagai alat kemudahan, untuk dibelanjakan di
jalan kebaikan, ianya dari tanah dan akan kembali ke tanah, kalau
seseorang itu bakhil kerana dicadangkan untuk anaknya, seolah-olah ia
meninggalkan anaknya dalam kebaikan dan ia datang mengadap Tuhan dengan
kejahatan, ini adalah tindakan yang bodoh, ingatlah bahawa harta adalah
yang mesti digunakan bagi mencapai keredhaan Allah.
5. Cintakan Kemegahan
Cintakan kemegahan adalah punca kebinasaan.
Firman Allah Ta'ala :
"Kebahagiaan
di negeri akhirat itu kami sediakan bagi orang-orang yang tidak
hendakkan ketinggian di muka bumi dan tidak mahukan berlakunya
kerosakan, akibat yang baik adalah bagi orang-orang bertakwa".(Al-Qasas :
83)
Ayat di atas menerangkan bahawa orang yang akan
mendapat kebahagiaan di akhirat ialah mereka yang suci hatinya daripada
menghendaki dua perkara yang tersebut, dan termasuk di dalam
'ketinggian' itu ialah kemegahan.
Tidak menghendaki kemegahan
bukan bermakna menolak segala jawatan dan dari menjadi pemerintah, yang
dilarang ialah bermegah-megah dengan jawatan dan kuasa yang diberi,
kerana seseorang yang diberi jawatan itu adalah memikul tanggungjawab
dan amanah dalam menyempurnakan tugas-tugas yang dipikul keatasnya, ia
tidak ada kelebihan dari orang lain, masing-masing memikul tugas dan
tanggungjawab, yang paling baik ialah melaksanakan tugas dengan
sebaik-baiknya dengan jujur dan ikhlas, lihat, Yusuf a.s meminta supaya
diberi jawatan menteri (pertanian / perbendaharaan), negeri menjadi
makmur di masa beliau memegang jawatan. Apa yang menjadi hasrat dan
cita-cita ialah menyempurnakan tanggungjawab di dalam menuju keredhaan
Allah Ta'ala, dengan tetap mematuhi dan melaksanakan titah perintah
Allah Ta'ala.
6. Cintakan Dunia
Dimaksudkan dengan dunia di sini ialah sesuatu yang tidak memberi manafa'at selepas mati.
Firman Allah Taala :
"Adapun
orang-orang yang melanggar batas-batas hukum dan mengutamakan
kepentingan hidup dunia (dengan mengikut keinginan yang diharamkan) maka
di neraka jahimlah tempat kediamannya. Adapun orang-orang yang takutkan
kebesaran Tuhannya lalu menahan diri dari mengikut hawa-nafsunya
(dengan selalu berada di dalam batas-batas ketaatan kepadahukum Allah
dan Rasulnya) maka di syurgalah tempat menetapnya". (An-Naazia'at : 37 -
41)
Sabda Nabi s.a.w :
"Kasihkan
dunia itu kepala segala kejahatan. Kehidupan dan kesenangan di dunia
adalah sementara, kehidupan dan kesenangan di akhirat adalah kekal,
dunia tempat berusaha bagi mencapai kebahagiaan di akhirat". (Al
Baihaqi)
Keduniaan banyak daya penariknya, sesiapa yang
lemah imannya akan terpikat dengan keindahannya lalu mencintainya. Maka
lupalah ia kepada Allah dan akhirat yang kesemua orang kembali
kepadanya.
7. Mengkagumi Diri
Iaitu
menganggap dan merasakan dirinya lebih dari orang lain, seperti
membanggakan dirinya lebih berilmu, lebih banyak ibadat dan sebagainya,
tanpa bimbangkan kehilangan perkara-perkara tersebut dan melupakan yang
ianya pemberian dari Allah Taala kepadanya. Mengkagumi diri ini adalah
punca takabbur.
Sifat mengkagumi diri ini suatu kelakuan hati
yang sangat berbahaya dan tercela, ia membinasakan pahala ibadat, dan
menghilangkan pertolongan Allah Taala.
Firman Allah Taala :
"Ingatlah
peristiwa hari peperangan Hunain, yang mana kamu merasa bilangan kamu
cukup ramai (lalu kamu memandang lekeh / gampang kepada kekuatan musuh
kamu hingga kamu dikalahkan), anggapan kamu itu tidak menolong kamu
sedikitpun". (At-Taubah : 25)
8. Ria'
Memperlihatkan
amalan kepada manusia - sama ada bertujuan mahukan pangkat di dalam
hati manusia atau mahukan manafaat keduniaan dengan amal ibadatnya
seperti mahukan upah atau kepujian. Ria' adalah haram, dan di namakan
juga - syirik kecil (tersembunyi).
Firman Allah Taala :
"Maka
kecelakaanlah bagi ahli-ahli sembahyang yang mereka itu lalai dari
menyempurnakan sembahyangnya, iaitu mereka yang ria'". (Al-Maa'uun : 4 -
6)
Sabda Nabi s.a.w :
"Bahawa
sesuatu yang paling aku takuti berlaku atas kamu ialah syirik kecil
iaitulah Ria', yang mana pada hari kiamat Allah akan berkata kepada
orang-orang yang Ria' semasa di dunia ketika Allah memberi balasan
kepada mereka. Pergilah kamu kepada orang-orang yang kamu tunjukkan
amalan kepadanya semasa di dunia, adakah kamu kan dapati apa-apa balasan
di sisi mereka?". (Ahmad)
Sebab-sebab menimbulkan Ria' ialah :
- Suka dipuji
- Takut dicela
- Tamakkan harta
Maka
bagi menghilangkan Ria', hendaklah dihilangkan penyebabnya, hendaklah
diingat bahawa suka dipuji, takut dicela dan tamakkan harta itu
merupakan racun yang membinasakan pahala amalnya, ingatlah bahawa Allah
yang memberi ganjaran bukan manusia.
9. Luba Makanan / Lahap Makanan
Luba
makanan adalah antara punca segala kejahatan, kerana perut itu tempat
keluar bagi segala keinginan, daripadanya terjadi keinginan faraj dan
membawakan luba harta, dari inginkan dengan kemegahan senang mendapat
harta, dari situ terbit pula sifat Ria', Takabbur, Dengki dan berseteru.
Sabda Nabi s.a.w :
"Tiada
memenuhkan manusia suatu bekas yang lebih berbahaya dari perutnya,
adalah cukup bagi seseorang makan beberapa suap yang boleh membetulkan
tulang belakangnya...maka jika tak dapat tidak maka bolehlah ditambah
kadar sepertiga, bagi minumannya sepertiga dan sepertiga bagi
pernafasan". (Ahmad dan Tarmizi)
10. Banyak Bercakap
Banyak
bercakap itu suatu sifat yang tercela, bila banyak bercakap akan
terkeluar dari mulutnya perkataan yang sia-sia, perkataan yang sia-sia
itu menyebabkan gelap hati, malahan membawa kepada mati hati.
Sabda Nabi s.a.w :
"Tiada
yang menyebabkan manusia tersembam muka mereka ke dalam neraka,
melainkan dosa yang dihasilkan oleh lidah mereka". (Tarmizi)
"Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia bercakap baik-baik atau berdiam diri". (Bukhari dan Muslim)
Pada
ketika hendak bercakap perkara yang sia-sia, hendaklah difikirkan
bahawa jika kita menyebut Allah Taala - berzikir, berselawat,
beristighfar, bertahlil, bertahmid, bertaqdis, berdoa dan sebagainya,
ganti daripadaperkataan yang tidak berfaedah itu kita mendapat untung
yang sangat besar, keran berzikir itu umpama sepotong emas dan perkataan
yang tidak berfaedah itu ibarat seketul tanah keras (perkataan yang
tidak membawa dosa), maka sekiranya perkataan yang diucapkan itu
mengandungi dosa, maka ianya umpama sepotong api.
Dipetik daripada catatan LIEMUDA 2008
Selasa, 25 Jun 2013
Ibuku telah nyanyok
Ibu tidak pernah merungut menjaga kerenah lapan anaknya, sentiasa sabar dengan kesusahan dunia dalam membesarkan anak-anak. Buktinya kesemua anak-anaknya hidup sehat walafiat diberi pelajaran, bekerja dan telah berkahwin serta telah dikurniai cucu yang ramai . Manusia selalu beranggapan susah menjaga ibu yang nyanyok kerana takut melakukan dosa akibat hilang kesabaran . Jika kesemua lapan anak atau kesemua anaknya berpendirian demikian dimanakah amanah Allah ini di campakkan, jadi barang buangan, jadi isu pergaduhan atau jadi bebanan. Sepatutnya kita kena tahu bahawa amanah Allah SWT ini bukan barang mainan, bukan barang buangan atau tempat kita melampiaskan kemarahan sesuka hati tanpa sedar walau pun ibu telah tua dan nyanyok, kita kena beranggapan jika tiada siapa yang mahu memikul tanggungjawab itu biar diri ini yang akan memikulnya. Kesemuanya anak dan menantu kena beranggapan begitu. Natijahnya ibu akan menjadi ibu yang terhebat dunia dan akhirat kerana telah melahirkan manusia-manusia hebat sebenarnya di sisi Allah SWT.
Sempena Nisfu Syaaban ini , menurut Hadis Nabi SAW yang mahfumnya Allah SWT tidak menghapuskan dosa orang syirik, orang mabuk yang tidak bertaubat, pemutus silaturahim dan derhaka kepada ibu dan bapa. Ibu nyanyok bukanlah bermasaalah, tetapi anaklah yang bersalah. Carilah keberkatan di bulan syaaban ini bulan penghapus dosa. Pastikan redha ibu dengan kebaikan yang kita buat untuknya seikhlas mungkin dan pastikan juga ibu telah menghalalkan setiap susunya yang kita minum semasa membesarkan kita. waallahuallam
CUKA NIPAH adalah sejenis hasil daripada pokok nipah (Nyipa fructicans) dari keluarga Arecaceae yang tumbuh dikawasan tepi sungai diseluruh negara. Aktiviti mengutip air nira dari pokok nipah merupakan satu aktiviti yang telah lama diusahakan oleh orang kita semenja dulu kala untuk memotong mayang nipah bagi mengutip air manisannya.Kepakaran mengutip air nira nipah memerlukan skill yang tinggi (Sila baca artikel saya sebelum ini - Air Nira (Sila Klik disini) dan Teknologi Pokok Nipah (Sila Klik disini)sebagai bahan bacaan tambahan.
Pokok nipah mempunyai banyak daun seperti kelapa dan berstruktur keras serta lebar antara 4-7 cm dengan bilangan daun mencapai 100 helai setiap dahan. Daun nipah sangat baik digunakan sebagai bahan membuat atap oleh masyarakat tempatan daan tahan sehingga 5-7 tahun.
Atap nipah merupakan sejenis atap yang memberikan teduhan yang sejuk pada rumah-rumah tradisional. Dahulu harga sekeping atap cuma RM 1.20 - RM150 (Semasa saya kecil) tetapi kini harga sekeping atap nipah mencecah RM 3.00-RM5.00 bergantung kepada kualiti dan saiz. Artikel petang ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology"mengenai industri memproses nira nipah dan hasil proses membuat cuka nipah untuk dikongsi bersama.<
Proses memungut air nira nipah agak berbeza dengan cara kutip air nira kelapa (Lihat caranya dalam foto diatas). Pokok nipah jenis Nipah Tembaga paling sesuai dipilih dimana tangkai buah yang melentur kebawah sesuai digunakan.Elakkan dari memilih tangkai bunga atau buah nipah yang tumbuh menegak keatas. Buang dahan atau kulit tangkai lain agar bersih dan boleh dimulakan proses lenturan (Lihat foto sebelah). Lenturan dimulakan dari bahan tengah kemudian kebawah dan keatas semala dua minggu sehingga tangkai lenturan jatuh kebawah.
Ada yang memukul tangkai nipah untuk menyediakan urat-urat nipah dapat mengalirkan airnya. Proses membentuk tanglai nipah dibuat 2-3 minggu sehingga sesuai di urut 3-4 kali sebelum di potong setiap 3 hari dan pasangkan Tukay (iaitu bekas mengutip air nira) atau tadahan dengan bekas plastik. Ikat dengan kuat bekas tadi dan kutip mengikut jadual untuk terus digunakan atau diproses.
Nira kelapa dan nira nipah agak berbeza dari segi aroma, kemanisan dan juga rasanya. Walau pun kedua-duanya boleh diminum segar terus dari pohon kelapa atau nipah dikebun tetapi ianya perlu ditapis dahulu. Air nira mengandungi bahan manisan iaitu SUKROS yang enak diminum terutama jika dicampur dengan air batu.Air Nira merupakan minuman kegemaran di Terengganu dan Kelantan terutama pada jika diminum pada musim bulan Ramadan yang cepat membekalkan tenaga kepada mereka yang berpuasa. Selain itu ada nira nipah yang diproses untuk dijadikan cuka nipah atau dipanggil juga sebagai 'Cuka Padi'. Cara memproses cuka nipah adalah dengan mengambil nira nipah dan diperam selama 44 hari dengan kaedah khusus sehingga tidak rosak. Kontaminasi semasa membuat cuka nipah akan menyebabkan cuka tersebut pahit (jika ada air hujan masuk dsb).
Dari segi kesihatan ramai percaya yang air nira nipah atau air nira kelapa dapat menurunkan suhu badan yang panas, mencuci buah pinggang dan juga menyembuhkan mereka yang mempunyai masaalah Gastrik dalam perut.Ada yang juga mendakwa cuka air nira nipah juga membantu dalam memecahkan batu karang pasir dengan meminumnya sebanyak 1 camca sehari selama satu minggu. Air nira segar yang dijual secara tradisional ditawarkan dengan harga RM 2.00 - RM 3.00 satu bekas plastik atau satu botol kecil (sekitar 180 - 250 ml).
Walau pun perusahaan nira kelapa dan nira nipah telah mula di komersilkan di negeri Terengganu dan Kelantan tetapi saiz pasaran dan bekalan adalah masih terhad. Cuka nipah asli ini diperbuat daripada air nira nipah yang telah diperam selama 44 hari. Kajian menunjukkan kandungan KITOSAN yang ada padanya menjadi ubat untuk pelbagai penyakit kronik.
Ia juga mampu untuk menurunkan suhu badan yang panas, sakit gastrik, gout, batu karang, sakit jantung, kencing manis, kencing tidak lawas, kekurangan tenaga, migrain dan penyakit berkaitan buah pinggang - 1 gelas air suam dicampur dengan 1 sudu besar cuka nipah dan 1 sudu teh, diminum pagi dan petang. Untuk mengurangkan kolesterol dan darah tinggi - Ambil beberapa biji kurma, rendamkan dalam cuka nipah semalaman. Pastikan rendam kurma tersebut sampai tenggelam. Kemudian, makan sebiji kurma setiap hari.
Bagi mengempiskan perut buncit atau boroi – minum 2 sudu cuka Nipah bersama 2 sudu madu lebah dan di turuti dengan setengah gelas air suam pada waktu awal pagi. Itu adalah beberapa khasiat mengenai cuka nipah yang kini ada dijual di pasar malam, internet dan promosi produk pertanian.
CUKA NIPAH ...DARIPADA AIR NIRA...
MAYANG DIPOTONG... MANIS AIRNYA...
DIPERAN 44 HARI... CUKALAH JADINYA...
DIJUAL MURAH ... DIJUAL DIMANA-MANA...
Isnin, 24 Jun 2013
kesufian seorang raja
Suatu hari Raja Muzaffar yang masih
kanak-kanak bertanya kepada Bondanya tentang ALLAH.
“Bonda... dimana ALLAH dan bolehkah Anakanda
melihatNya?”
“Oh... ALLAH itu di Arasy wahai Anakanda dan
Anakanda tidak dapat melihatNya kerana ALLAH berada nun jauh diatas 7 petala
langit. Sedangkan langit kedua pun manusia tidak nampak bagaimana hal
keadaanNya lantas bagaimana mungkin Anakanda akan dapat melihat ALLAH yang
berada di Arasy yang terletak lebih atas dan jauh daripada 7 petala langit?”
“Oh begitu… bagaimana dengan dalilnya Bonda?”
Dalilnya begini... “Sesungguhnya Tuhan kamu
ialah ALLAH Yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia
bersemayam di atas Arasy untuk mengatur segala urusan... dari Surah Yunus ayat
ke 3.”
Maka giranglah hati Raja Muzaffar kerana telah
mendapat jawapan daripada persoalan yang selama ini sentiasa semak
difikirannya. Masa pun berlalu... hari berganti minggu, minggu berganti bulan
dan bulan berganti tahun, maka telah remajalah Raja Muzaffar.
Suatu hari Raja Muzaffar diperintahkan
Ayahandanya supaya belajar ilmu-ilmu agama dari Syeikh Abdullah selaku Mufti di
Negeri Ayahandanya itu. Maka tidak sabar-sabarnya lagi Raja Muzaffar mahu
berguru dengan Syeikh Abdullah sementelah pelajaran agama adalah yang paling
diminatinya.
Suatu hari sambil duduk-duduk santai dengan
Syeikh Abdullah tiba-tiba Raja Muzaffar ditanyai oleh Syeikh Abdullah dengan
dua persoalan yang tidak asing baginya.
“Wahai Anakanda Putera Raja... dimana ALLAH
dan bolehkah Anakanda Putera Raja melihatNya?”
Sambil tersenyum Raja Muzaffar menjawab
sebagaimana yang telah diajarkan Bondanya dahulu... “ALLAH itu di Arasy wahai
Syeikh Guru dan Beta tidak boleh melihatNya kerana ALLAH berada nun jauh diatas
7 petala langit.”
Tersenyum kecil Syeikh Abdullah mendengar
jawapan muridnya itu dan sejenak selepas menghela nafasnya Syeikh Abdullah lalu
bersuara.... “Begini Anakanda Putera Raja… ALLAH itu bukannya makhluk seperti
kita lantaran itu ALLAH tidak seperti kita. Apa sahaja hukum yang terjadi pada
makhluk tidak berlaku seperti itu atas ALLAH. Oleh itu ALLAH tidak bertempat
kerana bertempat itu hukum bagi makhluk.”
“Lantas dimana ALLAH itu wahai Syeikh Guru?”
“ALLAH itu tidak bertempat kerana Dia bersifat
qiammuhu binafsihi yang bermaksud ALLAH tidak berhajat pada sesuatu zat lain
untuk ditempati. Jika kita mengatakan ALLAH berhajat pada sesuatu zat lain
untuk ditempati maka ketika itu kita telah menyerupakan ALLAH dengan keadaan
makhluk. Ketahuilah, ALLAH tidak serupa dengan makhluk berdasarkan kepada dalil
dari Surah Asy-Syura ayat ke 11 yang bermaksud “Dia tidak menyerupai segala
sesuatu.” ALLAH tidak berdiam di Arasy kerana Arasy itu adalah makhluk.
Bagaimana mungkin makhluk dapat menanggung Zat ALLAH sedang bukit dihadapan
Nabi Musa pun hancur kerana tidak dapat menanggung pentajalian ALLAH.”
Raja Muzaffar mengangguk-anggukkan kepalanya
tanda faham.
Kemudian Syeikh Abdullah menambah...
“Berkenaan tentang Anakanda Putera Raja tidak boleh melihat ALLAH itu adalah betul
namun bukanlah kerana ALLAH itu jauh maka Anakanda Putera Raja tidak boleh
melihatNya.”
“Jika bukan begitu lantas bagaimana Syeikh
Guru?” Tanya Raja Muzaffar beria-ia ingin tahu.
“Sebenarnya kita tidak dapat melihat ALLAH
bukanlah kerana asbab jarak tetapi kerana keterbatasan kemampuan penglihatan
matamanusia yang tidak mampu melihat ZatNya. Ini bersesuai dengan firman ALLAH
yang bermaksud “Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedangkan Dia
dapat melihat segala penglihatan itu dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha
Mengetahui... dari Surah Al-An’am ayat 103.”
Terdiam Raja Muzaffar mendengar hujah Gurunya
itu. Barulah beliau sedar bahawa apa yang menjadi pegangannya selama hari ini
adalah salah. Pegangan yang mengatakan bahawa ALLAH itu diArasy dan ALLAH tidak
boleh dilihat kerana asbab jarak adalah satu kesilapan.
Huraian daripada Gurunya melalui ilmu Kalam
membuatkan Raja Muzaffar begitu kagum dengan kekuasaan akal yang dapat
menghuraikan segala-galanya tentang Tuhan. Bermula dari hari tu Raja Muzaffar
berpegang dengan hujah gurunya bahawa ALLAH itu tidak bertempat dan manusia
tidak boleh melihat ALLAH kerana keterbatasan kemampuan penglihatan mata
manusia. Akhirnya dengan berkat ketekunan dan kesungguhan, Raja Muzaffar telah
berjaya menguasai ilmu-ilmu ketuhanan menurut peraturan ilmu kalam sebagaimana
yang diajarkan oleh Syeikh Abdullah hingga mahir.
Masa terus berjalan dan kini Raja Muzaffar
telah dewasa. Oleh kerana begitu minatnya yang mendalam tentang ilmu-ilmu
ketuhanan maka beliau meminta izin daripada ayahandanya untuk menperdalamkan
lagi ilmu pengetahuannya dengan belajar dari guru-guru yang berada diluar
istana sementelah Syeikh Abdullah telah meninggal dunia.
Ayahandanya memberi izin lalu tanpa berlengah
Raja Muzaffar menemui sahabat-sahabat sealiran Almarhum Syeikh Gurunya untuk
melanjutkan pelajaran. Raja Muzaffar mempunyai sikap yang pelik. Saban hari
apabila beliau melalui pekan-pekan kecil untuk sampai ke rumah guru-gurunya,
beliau akan bertanya kepada setiap orang yang ditemuinya dengan soalan yang
pernah ditanya kepada bondanya iaitu dimana ALLAH dan bolehkah manusia
melihatNya?
Bagi sesiapa yang menjawab soalannya itu
sebagaimana yang pernah dijawab oleh bondanya maka beliau akan membetulkan
kefahaman orang itu dengan hujah Almarhum Gurunya Syeikh Abdullah. Jika orang
itu tidak mahu tunduk dengan hujahnya maka orang itu akan dipukulnya sebelum
diusir dari negerinya itu.
Begitulah sikap Raja Muzaffar setiap hari
sehingga pada suatu hari beliau bertemu dengan seorang tua yang sedang
bertungkus-lumus menyediakan air minuman untuk diberi minum kepada orang yang
lalu-lalang disebuah pekan tanpa mengambil sebarang upah.
Melihat kelakuan pelik orang tua itu lantas
Raja Muzaffar mendekatinya. “Hei orang Tua... mengapa kamu tidak mengambil upah
atas usahamu itu?” Tanya Raja Muzaffar tegas.
Orang Tua yang sedari tadi begitu khusyuk
mengagih-agihkan minumannya itu terkejut dengan pertanyaan Raja Muzaffar lalu
meminta Raja Muzaffar memperkenalkan dirinya.
“Siapakah Tuan ini?” Tanya si Tua.
“Beta adalah Putera Raja negeri ini.” Jawab
Raja Muzaffar tegas.
“Oh kalau begitu Tuan ini tentu Raja Muzaffar
yang terkenal dengan ketinggian ilmu ketuhanan itu. Tapi sayang, Tuan hanya
tahu ilmu tentang ALLAH tetapi Tuan sendiri belum mengenal ALLAH. Jika Tuan
telah mengenal ALLAH sudah pasti tuan tidak akan bertanya kepada saya soalan
Tuan tadi.”
Terkebil-kebil mata Raja Muzaffar mendengar
kata-kata si Tua itu. Hatinya terpesona dengan ungkapan ‘mengenal ALLAH’ yang
diucapkan orang tua itu.
Lantas beliau bertanya kepada orang tua itu.
“Kemudian apa bezanya antara ‘tahu’ dengan ‘kenal’?”
Dengan tenang si Tua itu menjawab... “Ibarat
seseorang yang datang kepada Tuan lantas menceritakan kepada Tuan tentang
ciri-ciri buah nangka tanpa menunjukkan zat buah nangka, maka ini mertabat
‘tahu’ kerana ianya hanya sekadar maklumat dan orang yang berada pada mertabat
ini mungkin akan menyangka bahawa buah cempedak itu adalah nangka kerana
ciri-cirinya seakan sama. Berbanding seseorang yang datang kepada Tuan lantas
menghulurkan sebiji buah nangka, maka ini mertabat ‘kenal’ kerana zatnya terus
dapat ditangkap dengan penglihatan mata dan orang yang berada pada mertabat ini
pasti dapat mengenal mana cempedak dan mana nangka dengan tepat.”
Raja Muzaffar mendengar dengan teliti huraian
si Tua itu. Diam-diam, hatinya membenarkan apa yang diperkatakan si Tua itu.
Kemudian terlintas dihatinya untuk bertanyakan soalan yang lazim ditanyanya
kepada orang ramai.
“Kalau begitu wahai orang Tua silalah jawab
persoalan Beta ini... dimana ALLAH dan bolehkah manusia melihatNya?”
“ALLAH berada dimana-mana sahaja dan manusia
boleh melihatNya.” Jawab si Tua dengan tenang.
Tercengang Raja Muzaffar mendengar jawapan
orang tua itu. Seketika kemudian terus saja orang Tua itu dipukulnya sehingga
jatuh tersungkur. Melihat orang Tua itu tidak cuba mengelak pukulannya bahkan
langsung tidak menunjukkan reaksi takut maka Raja Muzaffar pun lantas
bertanya... “Kenapa kamu tidak mengelak pukulan beta wahai orang Tua?”
“Bukankah tadi sudah hamba bilang... Tuan ini
hanya orang yang tahu tentang ALLAH tetapi bukannya orang yang benar-benar
mengenal ALLAH.”
Terdiam Raja Muzaffar mendengar kata-kata si
Tua itu. Kemudian beliau menenangkan dirinya lantas bersegera duduk diatas
tanah dihadapan orang Tua itu.
“Baiklah orang Tua... Silalah huraikan jawapan
kamu tadi sebab Beta berpegang bahawa ALLAH itu tidak bertempat dan manusia
tidak boleh melihat ALLAH.”
“ALLAH itu tidak bertempat adalah menurut
pandangan hukum akal sahaja sedang pada hakikatnya tidak begitu.” Ujar orang
Tua itu sambil mengesat bucu bibirnya yang berdarah.
Kemudian beliau menyambung... “Bukankah ALLAH
itu wujudNya Esa?”
“Benar.” Jawab Raja Muzaffar.
“Jika ALLAH itu wujudNya Esa maka sudah barang
tentu tidak ada wujud sesuatu bersertaNya.”
“Benar.” Jawab Raja Muzaffar.
“Lantas bagaimanakah kedudukan wujud alam ini
jika ALLAH itu diyakini wujud tanpa ada selain zat yang wujud bersertaNya
dengan pandangan mata hati?”
Raja Muzaffar memejamkan matanya rapat-rapat
lantas dikerahkan pandangan mata hatinya untuk memahami persoalan yang ditanyai
orang Tua itu. Tiba-tiba akalnya dapat menangkap dan memahami hakikat alam ini
jika ianya merujuk kepada ruang lingkup keesaan wujud ALLAH. Lantas beliau
membuat satu kesimpulan... “Jika dipandang dari sudut Esanya wujud ALLAH maka
alam ini tidak lain melainkan diriNya sendiri… Tiba-tiba sahaja perkataan itu
terpacul keluar dari bibirnya. Terkebil-kebil matanya apabila mendengar
ucapannya sendiri.
Maka lidahnya kelu dan akalnya lumpuh.
Terkejut... tergamam... terkedu... “Jadi kalau begitu ketika Tuan memandang
alam ini, siapa yang Tuan pandang pada hakikatnya?”
Pantas soalan itu diajukan kepada Raja
Muzaffar. “Pada hakikatnya Beta memandang ALLAH...”
“Nah kalau begitu bukankah ALLAH ada berfirman
yang bermaksud “Dimana sahaja kamu menghadap, disitulah wajah ALLAH” dari Surah
Al-Baqarah ayat ke 115 dan dalam Surah Al-Hadiid ayat ke 3 yang bermaksud
“Dialah yang awal, yang akhir, yang zahir dan yang batin.”
Kemudian orang Tua itu bertanya lagi... “Dan
sekarang dapat atau tidak Tuan melihat ALLAH ketika ini”
“Ya.. Beta menyaksikan dengan ainul basyirah.”
Perlahan-lahan berjujuran air mata dari bucu
mata Raja Muzaffar. Beliau menahan sebak kerana sekarang beliau sudah faham
kenapa orang tua itu tidak mengambil upah atas usahanya dan tidak mengelak
ketika dipukul. Semuanya kerana yang dipandangnya adalah pentajallian ALLAH.
Dalam hati
perlahan-lahan beliau berkata... “Memang benar
sesungguhnya pada sudut ini, ALLAH berada dimana-mana sahaja dan manusia boleh
melihat ALLAH.”
“Makanya wahai Putera Raja.. inilah yang
dinamai sebagai ilmu hakikat.”
Semenjak hari itu, Raja Muzaffar terus
mendampingi orang tua itu untuk mempelajari lebih dalam selok-belok ilmu hakikat
hingga diangkat beliau oleh gurunya menduduki kedudukan Syeikh ilmu hakikat.
Demi memahami ilmu-ilmu hakikat yang halus-halus Raja Muzaffar telah menjadi
seorang ahli ibadah yang alim-mualim. Beliau tidak lagi berpegang dengan
fahaman Almarhum Gurunya iaitu Syeikh Abdullah kerana baginya jalan yang boleh
membuatkan seseorang itu dapat mengenal ALLAH dengan haqqul yaqin ialah dengan
ilmu hakikat. Beliau telah mengenepikan duduk didalam peraturan hukum akal sama
sekali dan mulai duduk didalam peraturan musyahadah. Bagi beliau, ilmu kalam
yang dituntutnya selama ini adalah semata-mata salah.
Setelah kemangkatan Ayahandanya maka Raja
Muzaffar ditabalkan menjadi Sultan dinegerinya dan sekarang beliau menyandang
gelaran Sultan Muzaffar Shah pada usia 50 tahun.
Beliau memerintah negerinya dengan adil dan
saksama namun sikap ganjilnya yang dahulu masih diteruskannya. Dimana sahaja
beliau pergi beliau tetap akan bertanyakan soalannya yang lazim itu.
Jika orang yang ditanya tidak dapat menjawab
maka akan diajarkan jawabannya menurut ilmu hakikat dan jika orang itu
membangkang akan dihukum bunuh.
Akhirnya kelaziman Sultan Muzaffar Syah ini
membuatkan seluruh rakyat jelatanya menganut fahaman hakikat. Justeru itu
rakyat jelata dinegerinya hidup aman dan makmur.
Suatu petang Sultan Muzaffar Syah yang
terkenal sebagai Mursyid ilmu hakikat itu berjalan-jalan disebuah padang rumput
yang luas dengan ditemani para pembesar istana.
Pandangannya tertarik pada gelagat seorang
pemuda pengembala kambing dalam lingkungan usia 30an yang sedang berusaha
menghalau seekor serigala yang cuba memakan kambing gembalaannya.
Baginda mendatangi pemuda gembala itu.
Kelihatan pemuda itu hanya memakai pakaian yang diperbuat daripada guni dan
tidak mempunyai kasut sebagai alas kaki. Rambutnya kering berdebu, bibirnya
kering dan badannya kurus.
“Wahai pemuda... kenapa kamu menghalau
serigala itu dari memakan kambing itu, tidakkah kamu menyaksikan hakikat
serigala itu? Maka biarkan sahaja ALLAH bertindak menurut kemahuanNya.”
Mendengar kata-kata Sultan Muzaffar Syah itu
sekonyong-konyong pemuda gembala itu lantas menggenggam pasir lalu
dilemparkannya pasir itu ke muka Sultan Muzaffar Syah. Kemudian pemuda gembala
itu membongkok lagi untuk kali kedua mengambil segenggam pasir lalu dilemparkan
sekali lagi ke muka Sultan Muzaffar Syah.
Sultan Muzaffar Syah hanya tercegat sahaja
mungkin terkejut dengan tindakkan pemuda gembala itu. Pemuda gembala itu terus
mahu mengambil segenggam pasir lagi dan melihat itu seorang pembesar istana yang
berada disitu terus memukul pemuda gembala itu hingga beliau jatuh pengsan.
Apabila sedar dari pengsan, pemuda gembala itu
mendapati tangan dan lehernya telah dipasung dengan pasungan kayu didalam
sebuah penjara. Tidak lama kemudian datang dua orang pengawal istana dengan
kasar merenggut rantai besi yang terikat dibadannya dan dibawa ke suatu tempat
yang amat asing baginya. Tidak lama berjalan akhirnya mereka sampai dihadapan
singgahsana Sultan Muzaffar Syah.
“Mengapa kamu melempari muka Beta dengan pasir?”
Tenang sahaja pertanyaan Sultan Muzaffar Syah.
“Kerana Tuanku mengatakan bahawa serigala itu
adalah ALLAH yakni Tuhan saya.
“Bukankah hakikat serigala itu sememangnya
begitu?” Tanya Sultan Muzaffar Syah hairan.
“Nampaknya dakwaan tuanku ini menunjukkan
seorang yang mengenal ALLAH adalah kebohongan semata-mata.”
“Kenapa kamu berkata begitu?”
“Sebab orang yang sudah sempurna mengenal
ALLAH pasti merindui untuk bertemu menemui ALLAH.”
Setelah 30 tahun baru hari ini hati Sultan
Muzaffar Syah terpesona lagi apabila mendengar ungkapan ‘bertemu menemui ALLAH’
yang diucapkan oleh pemuda gembala itu.
Dahulu hatinya pernah terpesona dengan
ungkapan ‘mengenal ALLAH’. Sejurus itu juga Sultan Muzaffar Syah memerintahkan
agar pasung kayu yang dikenakan pada pemuda gembala itu ditanggalkan.
“Lantas apa utamanya ‘bertemu’ berbanding
‘kenal’?” Tanya Sultan Muzaffar Syah.
“Adakah Tuanku mengenali sifat-sifat
Rasulullah?” Tanya pemuda gembala itu tiba-tiba...
“Ya... Beta kenal akan sifat-sifat Rasulullah.”
“Lantas apa keinginan Tuanku terhadap
Rasulullah?”
“Semestinyalah Beta mahu dan rindu untuk
menemuinya kerana baginda adalah kekasih ALLAH!”
“Nah begitulah… orang yang sempurna
pengenalannya terhadap sesuatu pasti terbit rasa ingin bertemu dengan sesuatu
yang telah dikenalinya itu dan bukannya hanya sekadar berputar-putar didaerah
‘mengenal’ semata-mata.”
Tiba-tiba sahaja Sultan Muzaffar Shah
berteriak kuat dengan menyebut perkataan ‘Allahu Akbaaar...!.!.!’ sekuat-kuat
hatinya lalu baginda jatuh pengsan tidak sedar diri. Tidak lama kemudian
setelah wajahnya disapukan dengan air sejuk maka baginda kembali sedar.
Sultan Muzaffar Shah terus menangis
teresak-esak hingga jubahnya dibasahi dengan air matanya. Baginda memuhassabah
dirinya.. “Memang... memang selama ini beta mengenali ALLAH melalui ilmu
hakikat tetapi tidak pernah hadir walau sekelumit rasa untuk bertemu denganNya.
Rupa-rupanya ilmu hakikat yang beta pegangi
selama ini juga salah sepertimana ilmu bonda dan ilmu Syeikh Abdullah”... bisik
hatinya.
Kemudian terlintas difikiran Sultan Muzaffar
Shah untuk menanyakan soalan lazimnya kepada pemuda gembala itu.
“Kalau begitu wahai orang muda, silalah jawab
persoalan Beta ini... dimana ALLAH?”
Dengan tenang pemuda gembala itu menjawab...
“ALLAH berada dimana Dia berada sekarang.”
“Kalau begitu, dimana ALLAH sekarang?
“Sekarang ALLAH berada dimana Dia berada
dahulu.”
“Dimana ALLAH berada dahulu dan sekarang?”
“Dahulu dan sekarang Dia berada ditempat yang
hanya Dia sahaja yang ketahui.”
“Dimana tempat itu?”
“Didalam pengetahuan ilmu ALLAH.”
Sultan Muzaffar Shah terdiam sebentar sambil
keningnya berkerut merenung jawapan yang diberi pemuda gembala itu. Kemudian
baginda meneruskan pertanyaannya lagi.
“Bolehkah manusia melihat ALLAH?”
“Kunhi ZatNya tidak boleh dicapai dengan
pandangan mata kepala dan pandangan hati.”
“Sila perjelaskan lagi wahai anak muda.” Pinta
Sultan Muzaffar Shah.
“Begini Tuanku... adapun jawapan yang
diberikan oleh Bonda Tuanku itu diatas dasar soalan lazim yang Tuanku berikan
itu adalah sebenarnya betul menurut tahapan akal Tuanku yang ketika itu dinilai
masih kanak-kanak.
Adapun jawapan yang diberikan oleh Syeikh
Abdullah itujuga betul jika dinilai dari sudut hukum akal... Dan jawapan yang
diberikan oleh Syeikh Tua itu juga betul jika dinilai dari sudut pengamalan
musyahadah terhadap ilmu hakikat. Begitu jugalah dengan jawapan yang saya
berikan juga betul jika dinilai dari sudut ilmu ma’rifat.
Tiada yang salah cuma ilmu itu bertahap-tahap
dan tuanku telah pun melalui tahapan-tahapan itu. Dari tahapan jahil (ilmu
bonda) ke tahapan awam (ilmu kalam) kemudian ke tahapan khusus (ilmu hakikat)
dan akhir sekali ke tahap khawasul khawas (ilmu ma’rifat).”
Kemudian pemuda gembala itu terus menyambung
kata-katanya... “Jika ilmu hakikat itu jalan fana kerana menilik kepada Zat
ALLAH maka ilmu ma’rifat pula jalan baqa kerana menilik terus kepada Kunhi Zat
ALLAH. Maka jawapan bagi persoalan tuanku itu secara yang dapat saya simpulkan
ialah Tiada yang tahu dimana ALLAH melainkan ALLAH dan tiada sesiapa yang dapat
melihat ALLAH melainkan diriNya sendiri.”
Sultan Muzaffar Shah mengangguk-anggukkan
kepalanya tanda faham... “Jadi bagaimana hendak sampai ke tahap mengenal ALLAH
dengan sempurna sehingga terbit rasa ingin untuk menemuiNya?”
“Jangan mengenal ALLAH dengan akal sebaliknya
mengenal ALLAH dengan ALLAH.”
“Kemudian, apakah cara-caranya untuk dapat
bertemu dengan ALLAH?”
“Sebagaimana firman ALLAH yang bermaksud...
“Barangsiapa mengharap pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan
amalan soleh dan janganlah dia mempersekutukan Tuhannya dalam beribadat
kepadanya”... dari Surah Al-Kahfi ayat ke 110.
Mendengar penjelasan daripada pemuda gembala
itu hati Sultan Muzaffar Shah menjadi tenang dan akhirnya baginda diterima
menjadi murid si pemuda gembala itu. Kerana kesungguhan yang luarbiasa dalam
mengerti ilmu ma’rifat maka baginda mahsyur terkenal sebagai seorang Sultan
yang arifbillah lagi zuhud serta warak.
Kemudian rakyatnya dibiarkan bebas untuk
berpegang pada mana-mana fahaman pun asalkan ajarannya masih didalam ruang
lingkup yang mengikuti pegangan Ahlussunnah Wal Jamaah.
Dan sekarang pada usia 70 tahun barulah Sultan
Muzaffar Shah sedar dan faham bahawa untuk memahami tentang ALLAH maka
seseorang itu harus melalui tahapan-tahapan yang tertentu sebelum seseorang itu
layak dinobatkan sebagai arifbillah. Baginya samada ilmu kalam, ilmu hakikat
atau ilmu ma’rifat maka kesemuanya adalah sama penting untuk dipelajari,
difahami, dimengerti bagi mewujudkan kesempurnaan untuk mencapai kedudukan
insan kamil yang ma’rifatullah.
Kini Sultan Muzaffar Shah sudah memahami
bagaimana rasanya rindu kepada ALLAH dan bagaimana rasanya benar-benar tidak
sabar untuk bertemu ALLAH. Sejak semalam mulutnya tidak henti-henti asyik
mengucapkan kalimah Ismu Zat Allah..Allah..Allah dan kadang-kadang terlihat
deruan air mata jernih mengalir perlahan dipipinya sewaktu dipembaringan.
Perlahan-lahan pemuda gembala menghampiri
Sultan Muzaffar Shah yang sejak 20 tahun lalu tinggal bersama dengannya dirumah
usangnya lantas meletakkan kepala muridnya itu diribaan silanya dengan linangan
air mata. Kini nafasnya mulai tersekat-sekat dan melihat itu, pemuda gembala
merapatkan bibirnya ke telinga Sultan Muzaffar Shah lantas mentalqinkan baginda
dengan kalimah tauhidan seraya diikuti baginda dengan senyuman. Sejurus
kemudian Sultan Muzaffar Shah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Suasana menjadi hening… pemuda gembala
menunduk sahaja dan sebentar kemudian dia berkata. “Alangkah beruntungnya dia..
sekarang Tuanku benar-benar telah menemui ALLAH dan dapat mengenalNya dengan
sebenar-benar kenal. "Ya... ALLAH masih belum layakkah untuk aku bertemu
denganMu, aku mencemburui Sultan Muzaffar Shah ini maka jemputlah aku menghadapMu…”
Sebentar kemudian pemuda gembala itu pun turut
rebah dan menghembuskan nafasnya yang terakhir...
Tiba-tiba hujan pun turun seolah-oleh
menangisi permergian dua insan yang mulia akhlaknya itu.
Langgan:
Ulasan (Atom)







