Rabu, 10 Julai 2013

DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER. 

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya. 

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah : 

1. Istighfar 10x. 
2. Salawat Nabi 10x. 
3. Al-Fatihah 1x. 

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya. 

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91). 
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81). 
3. Surah Ar Ra\'d (Ayat 16-2 . 
4. Surah Al Anbiyaa\' (Ayat 38-50). 
5. Surah Asy Syu\'ara (Ayat 185-227). 
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52). 
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77). 
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70). 

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.

Zikir Harian Sepanjang Ramadhan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Berikut adalah zikir-zikir yang boleh diamalkan di sepanjang bulan Ramadhan al-Mubarak ini..
.
.

A.  SUBUH:

1.  Setelah masuk waktu dan Azan Subuh, lakukan Solat Sunat Fajar dua rakaat. Di antara azan dan solat fardhu Subuh adalah waktu mustajab doa, maka bacalah istighfar tasbih 100 kali dan kemudian berdoa:
.
2.  Dirikan Solat Fardu Subuh, wirid dan berdoa selepasnya.
.
.

B.  PAGI:

1. Zikir:
.
2. Tasbih 100 kali:
Fadhilatnya: Dikurniakan sepuluh ribu kebajikan, dihapuskan sepuluh ribu kejahatan, diangkat sepuluh ribu darjat.
.
3. Selawat;
    Sekurang-kurangnya 10 atau 100 kali:
.
4. Melakukan Solat-Solat Sunat:
Solat Sunat Israq
Solat Sunat Dhuha
Solat Sunat Tasbih
.
5. Membaca Al-Quran
.
6. Membaca doa taubat ‘Akasyah (memohon keampunan taubat dosa-dosa besar)
.
.

C.  TENGAHARI


1. Solat :
Sunat Zohor – Fardhu Zohor – Sunat Zohor serta doa.
.
2. Istighfar:
.
.

D.  PETANG

1.  Solat : Sunat Asar – Fardhu Asar – wirid dan doa.
.
.

E.  MAGHRIB:

1.  Berbuka puasa
2.  Solat Maghrib dan sunat Maghrib.
3.  Solat sunat Awwabin.
4.  Baca zikir berikut 50 atau 100 kali:
Fadhilatnya: Menjadi pelindung di dunia dan akhirat.
.
.

F.  ISYAK:

1.  Solat sunat Isyak, Fardhu Isyak, Sunat Isyak
2.  Solat Sunat Terawih, sunat Witir
3.  Membaca Al-Quran
.
.

G.  TENGAH MALAM

Bermula dari  2.30 pagi sehingga keluar fajar subuh.
2.  Solat sunat Tahajjud sekurang-kurangnya 2 rakaat.
5.  Berdoa.

Isnin, 1 Julai 2013

Cara Mudah Kempiskan Perut Buncit

 

Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri  seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya.Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa. Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untuk mengatasi masalah mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:


1. Minum Air Masak Yang Banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
 
2. Makan Perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.
 
3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.
 
4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.
Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya (LINK).
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakit perut buncit ini.
 
5. Kesan Pengambilan Ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
 
6. Hindari Sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan danhanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.
 
7. Lakukan Senaman atau Bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.


.........
http://wanitakini.com